Saturday, July 24, 2010

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun... Sayang (with Lyric)



Dalam era global ini lagu sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana lagu dapat menyampaikan sesuatu perkara yang tidak dapat diluahkan secara berhadapan dengan individu. Selain itu, lagu juga digunakan untuk memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kehidupan remaja yang terlalu sosial, hilang hormat terhadap ibu bapa, dan sebagainya. Oleh itu, cara yang boleh digunakan ialah melalui lagu.
Setiap lagu yang ditulis mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan. Lagu juga kini digunakan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan atau sesuatu barangan. Sebagai contoh iklan KLMu, 1 Malaysia, barangan SINGER dan lain-lain.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Lagu ini dinyanyi oleh penyanyi dari singapura (IMRAN AJMAIN)
Kebanyakkan orang menganggap lagu ini berunsurkan cinta. Namun saya mempunyai persepsi tersendiri terhadap lagu ini.
Lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam kerana lagu ini mengisahkan hubungan di antara seorang ibu dan anak.
Permulaan lagu ini menceritakan tentang isi hati seorang ibu yang mengharapkan kasih sayang, perhatian, belaian, penghormatan dan penghargaan daripada seorang anak yang jauh di perantauan. Hal ini kerana si ibu sudah lama menjadi seorang pemberi dan dia ingin memperoleh semua itu daripada anaknya. Ibunya mengetahui bahawa dia tidak akan memperoleh kesemuanya disebabkan jarak yang memisahkan mereka.Namun ibu tetap berharap untuk mendapatkannya walau hanya bertanya khabarnya. Walaupun si ibu tahu bahawa dia akan kecewa namun dia tetap mengharapkan utusan salam dan doa daripada anaknya.
Seterusnya, ibu mahukan anaknya mengetahui serta merasai kasih sayang yang diberikan begitu hebat sehingga tiada bandingannya. Ibu juga tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami anaknya terdahulu dan meminta agar anaknya melupakan tentang derita yang dilalui itu. Kasih ibu yang mendalam membuat dia sanggup menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang berada diperantauan.
Si ibu dengan rela hati melepaskan anaknya pergi untuk meneruskan impiannya. Hal ini kerana, si ibu mengetahui betapa tingginya cita-cita yang dipendamkan oleh anaknya itu. Perpisahan yang panjang itu menyebabkan si ibu merindui anaknya dan mengharapkan anaknya itu kembali dengan secepat yang mungkin. Namun dalam penantian itu, hati si ibu gundah gulana memikirkan yang berkemungkinan anaknya tidak pulang kepangkuannya. Namun si ibu tetap menantikan kepulangan anaknya itu dengan penuh kerinduan.
Si ibu hanya mengharapkan bahawa anaknya akan sentiasa inggat padanya. Hal ini kerana, dengan ingat daripada anaknya itu akan dapat membahagiakan si ibu dan anak, seperti yang dikatakan restu ibu membawa ke syurga. Tanpa henti tahun demi tahun si ibu tetap menyambut ulang tahun kelahiran anak kesayangannya.
'Selamat ulang tahun sayang'

Sekian, terima kasih.

No comments: