Saturday, October 16, 2010

Bagaimana media memainkan peranan ke arah penghayatan Ramadhan dan Perayaan

DEFINISI MEDIA:
Media merupakan alat perantaraan yang memainkan peranan dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat.Kandungannya merangkumi pelbagai aspek peristiwa seperti politik,ekonomi dan sosial.Media boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu media lama,media elektronik dan media baru.Media lama terdiri daripada surat khabar,manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen dan radio.Media baru ialah internet.

APA ITU RAMADHAN?
Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam seluruh dunia.Pada bulan ini,umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan disamping mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan lagi amalan ibadat mereka.

PERANAN MEDIA DALAM PENGHAYATAN RAMADHAN
Media memainkan peranan bagi menghayati bulan Ramadhan dengan menyiarkan program-program yang berbentuk ilmiah,pengajaran,nasihat dan lain-lain.Program-program yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kem-kem yang melibatkan artis.Penglibatan artis-artis dalam kem ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat ihya Ramadhan dalam kalangan belia Islam kini.Selain itu media juga berperanan untuk membuka minda generasi muda agar mempunyai kesedaran tentang agama dengan mengadakan program-program yang berunsur nasihat dan menceritakan keindahan agama Islam itu sendiri.Seterusnya,mengadakan program-program hidup yang menyelitkan unsur ilmiah agar generasi muda dapat mempelajari ilmu Islam seperti membuat lagu tentang cara untuk niat berpuasa.

SEMASA BULAN RAMADHAN
Melalui Televisyen -Televisyen akan memaparkan program-program keagamaan yang mengisahkan tentang kebaikan menunaikan ibadat puasa,ceramah-ceramah keagamaan,kisah-kisah nabi dan sebagainya.Televisyen juga turut memaparkan iklan-iklan tentang hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan ibadat berpuasa,fadilat-fadilat berpuasa dan fadilat-fadilat menunaikan solat sunat tarawih dan waktu berbuka puasa mengikut kawasan.Seterusnya televisyen juga memaparkan program-program seperti drama bersiri,telefilem,filem-filem ,program masakan dan sebagainya.Contoh yang jelas dan dapat dilihat ialah Geng Surau (Astro Oasis ),Qalesya (Astro Prima ) dan Selera Ramadhan (Astro Qasis ).selain itu, terdapat juga program keagamaan lain yang ditayang melalui televisyen contohnya, Jejak Rasul (TV3),Slot Simena Sahur (Astro Citra ),Siaran Langsung Solat Sunat Terawih dari Masjidil Haram, Mekah (Astro Oasis ), dan Bacaan Tadarus Al-Quran (Astro Oasis ).
Melalui radio -Radio akan menyiarkan bacaan Al- Quran,lagu-lagu nasyid,rakaman khutbah-khutbah solat J umaat yang berkaitan dengan ibadat puasa,tazkirah-tazkirah ramadhan dan banyak lagi.Di samping itu,radio juga turut menyiarkan iklan-iklan tentang hikmah berpuasa.Terdapat program-program keagamaan dan iklan-iklan yang disiarkan bukan sahaja dapat meningkatkan penghayatan masyarakat dalam menunaikan ibadat puasa malahan dapat memberi semangat dan pengetahuan baru tentang bulan Ramadhan.Selain itu,melalui program-program ini juga dapat memberi nilai-nilai kerohanian dan elemen-elemen pengajaran.Tambahan pula,program-program ini,dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang indahnya bulan Ramadhan.

Selain daripada menyiarkan program yang berunsur pengajaran dan kesedaran,media juga turut menyiarkan program yang dapat membuka mata masyarakat.Program ini lebih kepada memberi keprihatinan terhadap golongan yang lebih memerlukan pertolongan dan bantuan.Antaranya,memberi sumbangan kepada anak yatim,dan memberi bantuan perubatan atau sumbangan aidilfitri kepada pesakit yang berada di hospital.Di samping itu, turut diadakan juga program-program seperti program pengimarahan masjid dan surau seluruh negara termasuklah Tazkirah Ramadhan.Antara progarm lain yang turutdijalankan ialah,Tadarus Al-Quran,Majlis Khatam Al-Quran,Sambutan Nuzul Al-Quran,Iftar Ramadhan, Solat Tarawih dan Qiyamullail.Dengan adanya program-programseperti itu,pastinya dapat menarik generasi muda untuk turut serta dan juga mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.

Dalam kata lain,program keagamaan dan iklan-iklan yang disiarkan bukan sahaja dapat meningkatkan penghayatan masyarakat dalam menunaikan ibadat puasa malahan dapat memberi semangat dan pengetahuan baru berkaitan dengan bulan Ramadhan.Selain itu, program-program ini juga dapat memberi nilai-nilai kerohanian dan elemen-elemen pengajaran.Tambahan pula,melalui program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang indahnya bulan Ramadhan.


 SEMASA MUSIM PERAYAAN
Melalui Televisyen -Semasa musim perayaan televisyen akan memainkan peranan dengan memaparkan program-program seperti drama bersiri,telefilem dan filem-filem menarik yang boleh menarik minat masyarakat.Antaranya bila musim perayaan tiba, banyak iklan-iklan rancangan televisyen lebih berkisarkan tentang perayaan yang bakal disambut.Antara perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah Hari Raya,Tahun Baru Cina, Hari Natal, Deepavali dan Tahun Baru.Di samping itu terdapat juga perayaan lain yang turut disambut seperti Hari Gawai bagi masyarakat di Sarawak dan Perayaan Keamatan bagi masyarakat di Sabah.Iklan -iklan yang akan disiarkan adalah berunsurkan perayaan tersebut,contohnya iklan balik kampung,yang akan dimainkan bersama dengan lagu-lagu balik kampung seperti pada musim Perayaan Hari Raya.Di samping itu terdapat juga iklan-iklan promosi yang hebat seperti promosi jualan murah dan sebagainya.
Melalui radio -Semasa musim perayaan juga banyak lagu-lagu yang disiarkan adalah bertemakan perayaan,antaranya pada musim perayaan hari raya,lagu-lagu seperti Duhai Bonda, Balik Kampung, Salam Aidilfitri dan Suasana Hari Raya.Lagu-lagu ini disiarkan untuk mewujudkan perasaan kegembiraan selepas berlalunya bulan Ramadhan.
Penghayatan pada Bulan Ramadhan dan pada musim perayaan lebih efektif dengan adanya sokongan-sokongan yang diberi oleh pihak media.

Kesimpulannya, media memainkan peranan penting dalam memeriahkan lagi suasana semasa bulan Ramadhan mahupun pada musim perayaan.Penglibatan media dalam memberi sokongan dalam sesuatu perayaan amat digalakkan bagi menghidupkan suasana yang meriah dengan bantuan berbagai jenis hiburan.

Monday, October 11, 2010

ISU ETIKA

DEFINISI ETIKA


Etika merupakan satu garis panduan. Etika juga adalah lini arahan atau aturan moral dari sebuah situasi di mana seseorang bertindak dan mempengaruhi tindakan orang atau kelompok lain. Definisi etika ini juga berlaku untuk kelompok media sebagai subjek garis panduan yang ada. Setiap arahan dan aturan moral mempunyai nilai dan peringkat situasi pada tingkat individu, kelompok, komunikasi atau sistem sosial yang ada. Dapat dikatakan bahawa etika pada peringkat tertentu sangat ditentukan oleh arahan sistem sosial yang bekerjasama.

ETIKA KEWARTAWANAN

1. Etika kewartawanan di Malaysia masih dalam dilema sama ada lebih berunsurkan kormesial atau tanggungjawab sosial

2. Para wartawan mengamalkan konsep “ Show Do not Tell” dalam bidang kewartawanan mereka. Hal ini menjadikan medan eksperimen para wartawan untuk memaksimumkan keupayaan penyampaian mesej (maklumat) secara berleluasa.

3. Di Malaysia bentuk etika kewartawan adalah berkonsepkan “ berita” yang diperkenalkan dan diajar kepada mereka. Hal ini kerana etika kewartawanan merupakan satu perjuangan jangka panjang dan memerlukan beberapa generasi wartawan yang konsisten.

4. Mengikut pandangan Ketua Pengarah Bernama Abdul Rahman Sulaiman yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 40 tahun menyatakan bahawa :-

“ Etika Kewartawanan di Malaysia tidak wujud. Tiada kanun(undang-undang) yang seragam/khusus untuk mengawal perjalanan profesion kewartawanan atau badan tertentu. Tambah beliau lagi, kewartawanan di Malaysia hanya bergerak berdasarkan beberapa prinsip kecil”

5. Prinsip kecil yang dinyatakan itu adalah seperti berikut :-

 Mengutamakan kebenaran

 Mengutamakan keadilan

 Mengutamakan kebebasan

 Mengutamakan sikap tidak memihak dalam pemberitaan.

6. Namun bagi perdana menteri kita yang keempat mempunyai pandagan yang tersendiri terhadap etika kewartawan. Teks ucapan beliau adalah seperti berikut :-

“ Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada tahun 1984 ketika Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawan anjuran Institut Akhbar Malaysia. Beliau menyebutkan di Eropah pembunuh ditawarkan beribu pound untuk mendapat ceritanya. Di Amerika cerita rekaan disiarkan sebagai ‘fact’ untuk menarik minat pembaca. Cerita lucah dan seks dilaporkan tanpa segan-segan. Rahsia negara didedah sehingga musuh dapat mengetahui semua kelemahan. Sesiapa yang berkuasa dijadikan sasaran berita skandal sehingga ianya jatuh. Dan penggantinya juga akan mengalami nasib yang sama.”

7. Namun lain pula bagi pengamal kewartawanan islam yang memegang kepada teori kewartawan dan pendekatan dalam mencari dan menyebarkan berita berlandaskan salah satu ayat Al-Quran iaitu :-

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135”)

” …. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42)



8. Dalam buku yang bertajuk “Belajar Menjadi Wartawan” yang diterbitkan oleh PTS Profesional Sdn.Bhd, yang ditulis oleh Jeniri Amir menyatakan bahawa tatasusila kewartawanan adalah seperti berikut :-

 
 Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.

 Wartawan menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

 Wartawan perlu menggunakan cara yang wajar bagi mendapatkan berita, gambar ataupun filem dan dokumen.

 Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat perlu diperbetul.

 Wartawan perlu menghormati kerahsiaan sumber berita.

 Wartawan perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.

 Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

 Wartawan perlu memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka

ETIKA KOMUNIKASI

1. Menurut Merrill 1974 menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk etika komunikasi yang terawal iaitu :

a. Etika absolutist

Prinsip yang dipegang wartawan menjadi garis panduan yang dianggap sebagai perundangan. Pengamalnya menilai berita hanya daripada sudut nilai berita, tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca, masyarakat dan negara.
b. Etika antinomian

Melaksanakan tugas berdasarkan apa-apa yang dirasakan baik oleh mereka. Mereka tidak memiliki prinsip etika; sebaliknya hanya bersandarkan naluri sebagai pegangan. Mereka tidak dikuasai oleh mana-mana pihak. Mereka bebas dan cuba memainkan peranan menyemak dan meyeimbang sehingga dianggap sebagai anti-kumpulan yang berkuasa yang menolak perubahan.

 
c. Etika Situationist

Banyak diamalkan oleh wartawan terutamanya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi (seperti di Malaysia). Etika itu adalah adunan daripada etika absolutist dan etika antinomian. Menurut etika ini, wartawan dapat mencorakkan berita mengikut keadaan, dengan mengambil kira kesan ke atas masyarakat dan negara. Demi kepentingan semua pihak, wartawan perlu beroperasi berlandaskan sistem etika, iaitu etika kewartawanan, etika masyarakat dan etika pegangan agama masyarakat sebagai panduan semasa menjalankan tugas.









Rujukkan:

http://motivasiminda.wordpress.com/2007/03/22/isu-etika-kewartawanan/

http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=526



Monday, September 27, 2010

Negarakuku by NameWee with English Translation (Re-Open)



Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Di sini kami ingin mengulas sedikit mengenai isu yang ditimbulkan dalam video di atas.

Bagi pandangan kami, video di atas tidak wajar ditayangkan kerana video ini sedikit sebanyak mempunyai unsur perkauman.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa berpegang teguh terhadap ideologi negara kita sendiri walaupun kita mendapat sistem pendidikan daripada luar negara.

Seperti yang ditunjukkan di dalam video di atas, seorang rakyat Malaysia yang bernama Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee yang telah mendapat pendidikan dari Taiwan telah menimbulkan sebuah lagu kontroversi di mana Namewee telah mengubah suai lagu kebangsaan Malaysia iaitu Lagu Negaraku kepada versi rap yang bertajuk Negarakuku.

Di dalam lagu tersebut, Namewee telah meluahkan pandangannya atau perspektifnya terhadap sistem pentadbiran di Malaysia. Namewee telah mengkritik tentang isu rasuah yang berlaku di kalangan anggota polis Malaysia, sistem perkhidmatan awam yang tidak cekap dan dipengaruhi dasar kerajaan.
Dalam bahagian- bahagian lain lagunya, dengan kasarnya merujuk tentang laungan solat untuk umat Islam dan gaya hidup santai orang Melayu yang kebanyakkannya dikenali sebagai Muslim. Satu bahagian lagu tersebut menyatakan tentang azan subuh kepada fajar yang merupakan solat terawal dalam solat lima waktu harian untuk umat Islam di mana tanpa rasa hormat terhadap aspek budaya dan agama, Namewee telah menerangkan azan subuh tersebut sebagai "panggilan pagi" yang telah membangunkan Namewee yang mengantuk pada waktu 5 pagi melalui masjid-masjid yang berbeza di sekitarnya yang melaungkan azan pada masa yang sama dan Namewee menganggap azan tersebut sebagai "lagu cinta".

Dua versi lain menerangkan tentang orang yang "menutupi kepala mereka" dan berjalan dengan perlahan. Bahagian ini membawa maksud tentang umat Islam yang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Pada permulaan lagu tersebut, Namewee mendedikasikan atau menujukan lagu tersebut kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, lirik-lirik rap yang dinyanyikan menerangkan tentang situasi di Malaysia menurut pandangan mata Namewee, meninggalkan pendengar-pendengar lagu tersebut untuk menilai sendiri tentang hak mereka.

Di akhir lagu tersebut, Namewee telah menimbulkan unsur-unsur perkauman di mana Namewee beranggapan bahawa kaum Cina telah disisihkan atau tidak dipedulikan oleh kerajaan Malaysia. Contohnya seperti kaum Cina tidak mendapat peluang pekerjaan di sektor-sektor kerajaan dan masalah kemiskinan yang melanda kaum Cina. Situasi ini sebenarnya merujuk kepada diri Namewee sendiri di mana dia tidak mendapat pekerjaan selepas pulang dari melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di salah sebuah Universiti di Taiwan.

Namewee tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan atas perkara yang berlaku ke atas kaum Cina kerana hakikat sebenarnya, kaum Melayu dan India juga dilanda isu kemiskinan terutamanya kaum Melayu.

RUJUKAN:

http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

http://en.wikipedia.org/wiki/Wee_Meng_Chee

Sunday, September 19, 2010

Bandingkan Tentang Keberkesanan Media Baru dan Media lama

 Apa Itu Media?
Media merupakan alat yang digunakan untuk memindahkan pesan dari sumber kepada penerima.
Media terbahagi kepada tiga jenis media:
Media Lama : Surat khabar, majalah, buku, leaflet, brosure, sticker, buletin, handout, poster, sepanduk dan lain-lain.


Media elektronik : Radio, filem, televisyen, video rakaman, komputer, elektronik board, audio kaset dan banyak lagi.



Media sesawang : Internet
PERBANDINGAN / PERBEZAAN ANTARA MEDIA LAMA DAN BARU
MEDIA LAMA

Cara penyampaian maklumat
ΓΌMelalui surat khabar
§ Lambat
§ Berbentuk tulisan, tidak menarik minat pembaca
Jenis maklumat yang disampaikan
§ Lebih kepada isu-isu semasa dan ilmiah
§ Pembelajaran (terdapat satu ruang untuk pelajaran)
Ketepatan maklumat yang disalurkan
§ Lebih kepada natural dan maklumat sebenar

MEDIA BARU


Cara penyampaian maklumat
ΓΌ Melalui televisyen dan radio
§ Lebih cepat
§ Lebih menarik perhatian penonton dengan grafik, bunyi, penyampai maklumat
Jenis maklumat yang disampaikan
§ Lebih kepada hiburan
§ Contohnya : rancangan televisyen seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan banyak lagi
Ketepatan maklumat yang disalurkan
§ Berbentuk pro-kerajaan
§ Untuk menaikkan nama stesyen siaran



   Apa itu Internet
Jaringan komputer yang terhubung secara antarabangsa dan tersebar seluruh dunia dengan bantuan satelit.
Jaringan ini meliputi jutaan pesawat komputer yang berhubung antara satu sama lain dalam satu-satu masa.
Menurut Laquey:
Internet merupakan jaringan dari ribuan komputer yang menjangkau jutaan orang di seluruh dunia

Jenis-Jenis Saluran Internet
  • Web-site
  • E-mail (Electronic mail @ surat elektronik)
Bentuk surat disalurkan di layar komputer kemudian melalui jaringan internet ke suatu alamat.

  • Voice mail
Merupakan rakaman suara yang disertakan dalam e-mail
Sesetengah website yang menyediakan kemudahan email juga menyediakan kemudahan voice mail di dalamnya
  • Transfer file
  • Transfer photo / gambar
  • Chatting
    Percakapan dalam bentuk tulisan yang diselenggara melalui jaringan internet.
  • Menyediakan webcam dan voice call
Kelebihan dan Kelemahan Internet




Kelebihan
Keburukan
Pihak yang bertanggungjawab
Boleh menyalurkan maklumat berbentuk ilmiah, seperti rujukkan pelajar, maklumat isu semasa, nasihat
Pihak yang tidak bertanggungjawab
Boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat dan lain-lain
Memudahkan kerja
Setiap kerja dapat disimpan dalam tempoh yang lama dan mudah untuk membuat rujukan
Membuka kepada jenayah
Membuka kepada jenayah komputer
Contoh : orang yang mahir dalam komputer boleh meceroboh dalam sistem sesebuah syarikat dan mencuri data-data yang penting
Permudahkan pembelajaran
Cuba mencari maklumat yang boleh menyokong pembelajaran dan pelajaran
Ketagih internet
FB
Blog
Twitter 
Chatting




Kelebihan dan Keberkesanan Internet
 
Menurut Hernich (1996)
Internet dapat memperkayakan teknik dan berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pembelajaran yang banyak.
Kemampuan internet berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah dan menarik
Sebagai alat bantu mengajar
Memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaranMenggunakan video @ animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pembelajaran


Kesimpulan
Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi daam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
(Nik Aziz, 1996)
MEDIA LAMA
MEDIA BARU
Menurut Agee (Ahli falsafah) :
> Memberi maklumat kepada pembaca secara objektif tentang apa yang terjadi dalam suatu masyarakat, negara dan dunia
> Memberi pendapat terhadap berita yang disampaikan dan mengembangkan ke dalam fokus dunia
> Menyediakan keperluan informasi bagi pembaca yang memerlukan barang dan jasa melalui pemasangan iklan di media



Media Elektronik :
~Cepat dari segi waktu : media elektronik tergolong dalam media yang cepat dalam menyebarkan berita kepada masyarakat secara meluas.
~Mempunyai audio visual : media elektronik yang berbentuk audio visual akan memudahkan masyarakat menerima dan memahami sesuatu berita (melalui televisyen)