Tuesday, July 27, 2010

Sudirman - Ayah Dan Ibu *Original Audio @1981 EMI



Assalamualaikum..
Dalam tugasan bagi kelas tutorial Media, Budaya dan Masyarakat, saya telah memilih Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Saya memilih lagu ini kerana lagu ini membawa maksud yang sungguh mendalam. Walaupun lirik lagu ini ringkas tetapi bagi saya maksud lagu ini sungguh menyentuh hati para pendengar dan diri saya sendiri. Hal ini kerana lagu ini telah memberi mesej yang sangat bermakna. Di sini, saya akan menyatakan sedikit maksud lagu ini berdasarkan kefahaman saya.
Rangkap pertama:
Rangkap ini memberitahu bahawa tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan wujud di dunia ini. Ibu bapa sanggup berpenat lelah dalam usaha memelihara dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka sanggup bekerja siang malam untuk mencari rezeki dan telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak mereka. Oleh itu, kerana ibu bapa lah anak-anak dapat melihat dunia ciptaan Allah S.W.T. ini.
Rangkap kedua:
Anak-anak merupakan kurniaan Allah kepada setiap ibu bapa. Begitu juga dengan ibu bapa yang merupakan kurniaan daripada Allah S.W.T kepada setiap anak-anak. Anak-anak haruslah bersyukur kerana ibu bapa mereka masih hidup jika dibandingkan di luar sana yang masih terdapat anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa. Maka, setiap anak-anak harus menghormati ibu bapa mereka serta menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa terhadap mereka.
Rangkap ketiga:
Ibu bapa merupakan wali dan keramat yang sangat berharga bagi setiap anak-anak. Hubungan terebut tidak akan pernah putus sehinggalah ke akhir hayat. Oleh itu, anak-anak perlu menghomati ibu bapa mereka selagi ibu bapa mereka masih hidup. Ibu bapa juga tidak pernah lupa dan jemu dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak mereka. Anak-anak haruslah sentiasa mendengar dan mengikut segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan agar hidup mereka akan selamat dan bahagia buat selamanya.

Kesimpulan yang ingin saya nyatakan dalam lagu ini ialah lagu ini telah memberi nasihat dan teguran kepada semua anak-anak agar sentiasa menghormati dan menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa dalam membesarkan mereka. Dalam lagu ini juga sedikit sebanyak ada memberi sindiran terutamanya kepada anak-anak yang derhaka dan telah lupa akan ibu bapa mereka apabila mereka telah hidup senang dan mempunyai keluarga sendiri. Oleh itu, HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA.

RUJUKAN :
http://www.youtube.com/watch?v=_aUrqCW5-8g&feature=player_embedded

Aris Ariwatan - 1, 2, 3, 4 [with lyric]



Lagu 1 2 3 4, dikarang berdasarkan atau merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa ini dianggap penting dan perlu dianbil tahu oleh setiap masyarakat. Contohnya, maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis dalam rangkap pertama lagu tersebut.
Maksud yang cuba disampaikan ialah ibu merupakan insan yang telah banyak berkorban nyawa daripada mula melahirkan dan seterusnya membesarkan anak. Kasih ibu merupakan kasih yang abadi dan tiada tolak bandingannya. Dalam rangkap pertama ini juga, penulis cuba memberitahu syurga seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya.

Rangkap kedua:
Maksud yang cuba disampaikan oleh penulis ialah pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anaknya. Bapa mencari "nafkah" tanpa mengira penat lelah.

Rangkap ketiga:
Wujudnya orang ketiga dalam kehidupan manusia iaitu kawan-kawan dan kekasih. Dalam menjalani kehidupan kebijaksanaan memilih kawan dan pasangan harus difikirkan. Hal ini kerana seseorang itu harus berwaspada kerana setiap insan yang dikenali itu bukannya insan yang baik dan boleh dipercayai.Sesetengah daripada kawan tidak boleh dijadikan kawan kerana kemungkinan mereka yang akan meruntuhkan ahlak dan merosakkan kawan."Kawan makan Kawan ".


Rangkap keempat:
Penerima juga diingatkan agar menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, seorang anak yang merasa diri mereka mempunyai tanggungjawab seharusnya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Antara tanggungjawab seorang anak ialah belajar, menghormati orang tua, menjaga maruah keluarga dan lain-lain.Dalam erti kata lain sentiasa meletakkn keluarga sebagai inspirasi utama dalam hidup.

Rangkap terakhir:
Lagu ini menyeru supaya masyarakat menjadikan lagu ini sebagai panduan dan menginsafkan anak yang selama ini melupakan orang tua mereka. Dengarlah nasihat yang telah diberikan oleh kedua orang tua mereka dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Sesuatu yang baik hendaklah dijadikan teladan dan sebaliknya.



Kesimpulannya,keluarga adalah teman utama yang bolen membantu dan menemani kita dalam keadaan senang dan susah. Utamakan keluarga dalam hidup anda da jadilah anak yang berguna dan menghormati ahli keluaga terutamanya ibu bapa.

Rujukan

http://www.liriklagu.com/liriklagu-ad/ArisA-1234.html





Sekian, terima kasih.

Saturday, July 24, 2010

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun... Sayang (with Lyric)



Dalam era global ini lagu sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana lagu dapat menyampaikan sesuatu perkara yang tidak dapat diluahkan secara berhadapan dengan individu. Selain itu, lagu juga digunakan untuk memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kehidupan remaja yang terlalu sosial, hilang hormat terhadap ibu bapa, dan sebagainya. Oleh itu, cara yang boleh digunakan ialah melalui lagu.
Setiap lagu yang ditulis mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan. Lagu juga kini digunakan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan atau sesuatu barangan. Sebagai contoh iklan KLMu, 1 Malaysia, barangan SINGER dan lain-lain.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Lagu ini dinyanyi oleh penyanyi dari singapura (IMRAN AJMAIN)
Kebanyakkan orang menganggap lagu ini berunsurkan cinta. Namun saya mempunyai persepsi tersendiri terhadap lagu ini.
Lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam kerana lagu ini mengisahkan hubungan di antara seorang ibu dan anak.
Permulaan lagu ini menceritakan tentang isi hati seorang ibu yang mengharapkan kasih sayang, perhatian, belaian, penghormatan dan penghargaan daripada seorang anak yang jauh di perantauan. Hal ini kerana si ibu sudah lama menjadi seorang pemberi dan dia ingin memperoleh semua itu daripada anaknya. Ibunya mengetahui bahawa dia tidak akan memperoleh kesemuanya disebabkan jarak yang memisahkan mereka.Namun ibu tetap berharap untuk mendapatkannya walau hanya bertanya khabarnya. Walaupun si ibu tahu bahawa dia akan kecewa namun dia tetap mengharapkan utusan salam dan doa daripada anaknya.
Seterusnya, ibu mahukan anaknya mengetahui serta merasai kasih sayang yang diberikan begitu hebat sehingga tiada bandingannya. Ibu juga tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami anaknya terdahulu dan meminta agar anaknya melupakan tentang derita yang dilalui itu. Kasih ibu yang mendalam membuat dia sanggup menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang berada diperantauan.
Si ibu dengan rela hati melepaskan anaknya pergi untuk meneruskan impiannya. Hal ini kerana, si ibu mengetahui betapa tingginya cita-cita yang dipendamkan oleh anaknya itu. Perpisahan yang panjang itu menyebabkan si ibu merindui anaknya dan mengharapkan anaknya itu kembali dengan secepat yang mungkin. Namun dalam penantian itu, hati si ibu gundah gulana memikirkan yang berkemungkinan anaknya tidak pulang kepangkuannya. Namun si ibu tetap menantikan kepulangan anaknya itu dengan penuh kerinduan.
Si ibu hanya mengharapkan bahawa anaknya akan sentiasa inggat padanya. Hal ini kerana, dengan ingat daripada anaknya itu akan dapat membahagiakan si ibu dan anak, seperti yang dikatakan restu ibu membawa ke syurga. Tanpa henti tahun demi tahun si ibu tetap menyambut ulang tahun kelahiran anak kesayangannya.
'Selamat ulang tahun sayang'

Sekian, terima kasih.

Monday, July 19, 2010

peranan lagu sebagai media

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh………



Apa itu media?

Asal usul perkataan “MEDIA” berasal daripada perkataan “ETYMOLOGY”.

Media merupakan satu alat perantaraan atau menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara secara terus / lansung. Media membolehkan manusia berhubung dengan seluruh dunia tanpa sempadan dan batasan.

Dalam era globalisasi, manusia tidak boleh hidup tanpanya. Masyarakat kini bangun sahaja daripada tidur akan melihat kepada telefon bimbit atau surat khabar untuk menggetahui perkembangan semasa. Jika difikirkan secara logik, manusia tidak boleh hidup tanpa media. Ketiadaan media akan member kesan yang sangat ketara terhadap kehidupan masyarakat. Contoh kesan yang boleh dilihat ialah manusia akan hilang tempat berhibur.

Apa peranan Media?

Media mempunyai peranan yang tersendiri tidak kira dari segi ekonomi, politik dan sosial. Namun pada masa kini tanggungjawab sosial adalah paling banyak di tekankan oleh masyarakat. Masyarakat merasakan media merupakan tempat untuk mendapatkan keadilan. Dalam hal ini kami akan membincangkan isu mengenai peranan lagu dalam media.

Peranan lagu dalam media?

a. Member nasihat

Lagu-lagu yang dicipta mempunyai motif yang tersendiri, sebagai contoh untuk member nasihat kepada masyarakat melalui lirik yang di tulis. Contoh lagu yang member nasihat ialah lagu “OST Diari Ramadan Rafique yang berkisahkan bulan Ramadan dan hari raya. Contoh member nasihat dalam lagu ini adalah seperti :-



“Nenek selalu berpesan, jangan mengikut nafsu, jangan ikutkan, itu perangai hantu”



Dalam lirik ini menunjukkan cara masyarakat mengajar anak-anak kecil untuk berpuasa. Hal ini memperlihatkan cara media memainkan peranan sebagai penasihat kepada masyarakat. Namun masih ada kekangan terhadap persoalan “ adakah mesej yang ingin disampaikan itu dapat diterima oleh semua masyarakat? “



b. Menghiburkan masyarakat.

Melalui lagu juga dapat menghiburkan masyarakat. Namun tidak dapat ditakrifkan jenis lagu yang dapat menghiburkan masyarakat kerana setiap individu mempunyai cara yang berbeza mengadaptasikan hiburan yang di inginkan.

Sebagai contoh kita bezakan dari segi prespektif umur. Bagi kanak-kanak lebih suka akan lagu yang rancak dan mencuit hati mereka, walaupun mereka tidak memahami maksud lirik sebenar lagu tersebut. Bagi remaja pula ada setengah daripada lebih menyukai lagu yang berbentuk jiwang dan ada juga yang amat menyukai lagu berbentuk rancak yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu maksud yang ingin disampaikan. Manakala orang dewasa kebanyakkan lebih mengemari lagu yang berbentuk rindu-rinduan dan bentuk mendayu.

Hal ini tidak dapat ditakrifkan cara sesorang individu tersebut merasakan diri mereka terhibur.



c. Meningkatkan Industri muzik.

Media juga berperanan untuk meningkatkan industri muzik. Salah satu cara yang dilakukan pihak media dalam meningkatkan industri muzik adalah memainkan dan memperkenalkan setiap muzik baru yang di keluarkan. Peningkatan industry muzik secara tidak lansung akan membolehkan ekonomi Negara akanmeningkat.

Selain itu perkenalan terhadap lagu-lagu juga akan memyebabkan masyarakat akan merasakan mereka terhibur lagi setelah bosan dengan lagu-lagu lama.



d. Menghubungkan masyarakat dengan dunia luar.

Lagu juga membolehkan masyarakat mengetaui keadaan dunia luar. Hal ini kerana selain masyarakat dapat mendengar lagu-lagu yang diperoleh daripada luar Negara, masyarakat juga dapat mengetahui keadaan Negara luar. Sebagai contoh peperangan yang tercetus diantara Israel dan palestin. Keadaan ini member peluang kepada penulis lirik untuk meluahkan dan memberitahu masyarakat tentang keadaan yang tercetus. Pelbagai cara penyampaian yang boleh dilakukan dalam hal ini sama ada berbentuk hiburan, ingatan, nasihat, simpati dan lain lain. Contoh lagu yang menceritakan tentang kedaan seperti itu adalah seperti lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza Tajuddin yang bertajuk “ODA BUMI ANBIA”



Kesimpulan, mengapa lagu itu “MEDIA”?

Lagu dianggap sebagai “MEDIA” adalah ianya sejajar dengan peranan media itu sendiri iaitu menjadi perantaraan alat perhubungan sama ada secara lansung atau tidak lansung. Dalam hal ini akan melihatkan keberkesan media memainkan peranan tersebut. Komunikasi yang terlibat dalam penyampaian peranan adalah komunikasi verbal yang sehala. Hal ini kerana pengantar (penulis lirik dan composer) cuba memainkan peranan dalam menyampaikan infomasi, mendidik, menghibur, mempengaruhi dan lain-lain. Dalam konteks komunikasi sehala adalah disebabkan pengantar hanya menyampaikan saja segala maklumat tanpa mahukan maklum balas daripada penerima (masyarakat). Hal ini jelaslah bahawa, lagu merupakan suatu media yang dapat menghubungkan masyarakat terhadap dunia luar tanpa sempadan.

Lampiran Album.