Tuesday, July 27, 2010

Aris Ariwatan - 1, 2, 3, 4 [with lyric]



Lagu 1 2 3 4, dikarang berdasarkan atau merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa ini dianggap penting dan perlu dianbil tahu oleh setiap masyarakat. Contohnya, maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis dalam rangkap pertama lagu tersebut.
Maksud yang cuba disampaikan ialah ibu merupakan insan yang telah banyak berkorban nyawa daripada mula melahirkan dan seterusnya membesarkan anak. Kasih ibu merupakan kasih yang abadi dan tiada tolak bandingannya. Dalam rangkap pertama ini juga, penulis cuba memberitahu syurga seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya.

Rangkap kedua:
Maksud yang cuba disampaikan oleh penulis ialah pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anaknya. Bapa mencari "nafkah" tanpa mengira penat lelah.

Rangkap ketiga:
Wujudnya orang ketiga dalam kehidupan manusia iaitu kawan-kawan dan kekasih. Dalam menjalani kehidupan kebijaksanaan memilih kawan dan pasangan harus difikirkan. Hal ini kerana seseorang itu harus berwaspada kerana setiap insan yang dikenali itu bukannya insan yang baik dan boleh dipercayai.Sesetengah daripada kawan tidak boleh dijadikan kawan kerana kemungkinan mereka yang akan meruntuhkan ahlak dan merosakkan kawan."Kawan makan Kawan ".


Rangkap keempat:
Penerima juga diingatkan agar menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, seorang anak yang merasa diri mereka mempunyai tanggungjawab seharusnya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Antara tanggungjawab seorang anak ialah belajar, menghormati orang tua, menjaga maruah keluarga dan lain-lain.Dalam erti kata lain sentiasa meletakkn keluarga sebagai inspirasi utama dalam hidup.

Rangkap terakhir:
Lagu ini menyeru supaya masyarakat menjadikan lagu ini sebagai panduan dan menginsafkan anak yang selama ini melupakan orang tua mereka. Dengarlah nasihat yang telah diberikan oleh kedua orang tua mereka dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Sesuatu yang baik hendaklah dijadikan teladan dan sebaliknya.



Kesimpulannya,keluarga adalah teman utama yang bolen membantu dan menemani kita dalam keadaan senang dan susah. Utamakan keluarga dalam hidup anda da jadilah anak yang berguna dan menghormati ahli keluaga terutamanya ibu bapa.

Rujukan

http://www.liriklagu.com/liriklagu-ad/ArisA-1234.html





Sekian, terima kasih.

No comments: