Monday, October 11, 2010

ISU ETIKA

DEFINISI ETIKA


Etika merupakan satu garis panduan. Etika juga adalah lini arahan atau aturan moral dari sebuah situasi di mana seseorang bertindak dan mempengaruhi tindakan orang atau kelompok lain. Definisi etika ini juga berlaku untuk kelompok media sebagai subjek garis panduan yang ada. Setiap arahan dan aturan moral mempunyai nilai dan peringkat situasi pada tingkat individu, kelompok, komunikasi atau sistem sosial yang ada. Dapat dikatakan bahawa etika pada peringkat tertentu sangat ditentukan oleh arahan sistem sosial yang bekerjasama.

ETIKA KEWARTAWANAN

1. Etika kewartawanan di Malaysia masih dalam dilema sama ada lebih berunsurkan kormesial atau tanggungjawab sosial

2. Para wartawan mengamalkan konsep “ Show Do not Tell” dalam bidang kewartawanan mereka. Hal ini menjadikan medan eksperimen para wartawan untuk memaksimumkan keupayaan penyampaian mesej (maklumat) secara berleluasa.

3. Di Malaysia bentuk etika kewartawan adalah berkonsepkan “ berita” yang diperkenalkan dan diajar kepada mereka. Hal ini kerana etika kewartawanan merupakan satu perjuangan jangka panjang dan memerlukan beberapa generasi wartawan yang konsisten.

4. Mengikut pandangan Ketua Pengarah Bernama Abdul Rahman Sulaiman yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 40 tahun menyatakan bahawa :-

“ Etika Kewartawanan di Malaysia tidak wujud. Tiada kanun(undang-undang) yang seragam/khusus untuk mengawal perjalanan profesion kewartawanan atau badan tertentu. Tambah beliau lagi, kewartawanan di Malaysia hanya bergerak berdasarkan beberapa prinsip kecil”

5. Prinsip kecil yang dinyatakan itu adalah seperti berikut :-

 Mengutamakan kebenaran

 Mengutamakan keadilan

 Mengutamakan kebebasan

 Mengutamakan sikap tidak memihak dalam pemberitaan.

6. Namun bagi perdana menteri kita yang keempat mempunyai pandagan yang tersendiri terhadap etika kewartawan. Teks ucapan beliau adalah seperti berikut :-

“ Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada tahun 1984 ketika Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawan anjuran Institut Akhbar Malaysia. Beliau menyebutkan di Eropah pembunuh ditawarkan beribu pound untuk mendapat ceritanya. Di Amerika cerita rekaan disiarkan sebagai ‘fact’ untuk menarik minat pembaca. Cerita lucah dan seks dilaporkan tanpa segan-segan. Rahsia negara didedah sehingga musuh dapat mengetahui semua kelemahan. Sesiapa yang berkuasa dijadikan sasaran berita skandal sehingga ianya jatuh. Dan penggantinya juga akan mengalami nasib yang sama.”

7. Namun lain pula bagi pengamal kewartawanan islam yang memegang kepada teori kewartawan dan pendekatan dalam mencari dan menyebarkan berita berlandaskan salah satu ayat Al-Quran iaitu :-

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135”)

” …. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42)



8. Dalam buku yang bertajuk “Belajar Menjadi Wartawan” yang diterbitkan oleh PTS Profesional Sdn.Bhd, yang ditulis oleh Jeniri Amir menyatakan bahawa tatasusila kewartawanan adalah seperti berikut :-

 
 Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.

 Wartawan menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

 Wartawan perlu menggunakan cara yang wajar bagi mendapatkan berita, gambar ataupun filem dan dokumen.

 Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat perlu diperbetul.

 Wartawan perlu menghormati kerahsiaan sumber berita.

 Wartawan perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.

 Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

 Wartawan perlu memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka

ETIKA KOMUNIKASI

1. Menurut Merrill 1974 menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk etika komunikasi yang terawal iaitu :

a. Etika absolutist

Prinsip yang dipegang wartawan menjadi garis panduan yang dianggap sebagai perundangan. Pengamalnya menilai berita hanya daripada sudut nilai berita, tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca, masyarakat dan negara.
b. Etika antinomian

Melaksanakan tugas berdasarkan apa-apa yang dirasakan baik oleh mereka. Mereka tidak memiliki prinsip etika; sebaliknya hanya bersandarkan naluri sebagai pegangan. Mereka tidak dikuasai oleh mana-mana pihak. Mereka bebas dan cuba memainkan peranan menyemak dan meyeimbang sehingga dianggap sebagai anti-kumpulan yang berkuasa yang menolak perubahan.

 
c. Etika Situationist

Banyak diamalkan oleh wartawan terutamanya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi (seperti di Malaysia). Etika itu adalah adunan daripada etika absolutist dan etika antinomian. Menurut etika ini, wartawan dapat mencorakkan berita mengikut keadaan, dengan mengambil kira kesan ke atas masyarakat dan negara. Demi kepentingan semua pihak, wartawan perlu beroperasi berlandaskan sistem etika, iaitu etika kewartawanan, etika masyarakat dan etika pegangan agama masyarakat sebagai panduan semasa menjalankan tugas.









Rujukkan:

http://motivasiminda.wordpress.com/2007/03/22/isu-etika-kewartawanan/

http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=526



No comments: