Saturday, October 16, 2010

Bagaimana media memainkan peranan ke arah penghayatan Ramadhan dan Perayaan

DEFINISI MEDIA:
Media merupakan alat perantaraan yang memainkan peranan dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat.Kandungannya merangkumi pelbagai aspek peristiwa seperti politik,ekonomi dan sosial.Media boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu media lama,media elektronik dan media baru.Media lama terdiri daripada surat khabar,manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen dan radio.Media baru ialah internet.

APA ITU RAMADHAN?
Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam seluruh dunia.Pada bulan ini,umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan disamping mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan lagi amalan ibadat mereka.

PERANAN MEDIA DALAM PENGHAYATAN RAMADHAN
Media memainkan peranan bagi menghayati bulan Ramadhan dengan menyiarkan program-program yang berbentuk ilmiah,pengajaran,nasihat dan lain-lain.Program-program yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kem-kem yang melibatkan artis.Penglibatan artis-artis dalam kem ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat ihya Ramadhan dalam kalangan belia Islam kini.Selain itu media juga berperanan untuk membuka minda generasi muda agar mempunyai kesedaran tentang agama dengan mengadakan program-program yang berunsur nasihat dan menceritakan keindahan agama Islam itu sendiri.Seterusnya,mengadakan program-program hidup yang menyelitkan unsur ilmiah agar generasi muda dapat mempelajari ilmu Islam seperti membuat lagu tentang cara untuk niat berpuasa.

SEMASA BULAN RAMADHAN
Melalui Televisyen -Televisyen akan memaparkan program-program keagamaan yang mengisahkan tentang kebaikan menunaikan ibadat puasa,ceramah-ceramah keagamaan,kisah-kisah nabi dan sebagainya.Televisyen juga turut memaparkan iklan-iklan tentang hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan ibadat berpuasa,fadilat-fadilat berpuasa dan fadilat-fadilat menunaikan solat sunat tarawih dan waktu berbuka puasa mengikut kawasan.Seterusnya televisyen juga memaparkan program-program seperti drama bersiri,telefilem,filem-filem ,program masakan dan sebagainya.Contoh yang jelas dan dapat dilihat ialah Geng Surau (Astro Oasis ),Qalesya (Astro Prima ) dan Selera Ramadhan (Astro Qasis ).selain itu, terdapat juga program keagamaan lain yang ditayang melalui televisyen contohnya, Jejak Rasul (TV3),Slot Simena Sahur (Astro Citra ),Siaran Langsung Solat Sunat Terawih dari Masjidil Haram, Mekah (Astro Oasis ), dan Bacaan Tadarus Al-Quran (Astro Oasis ).
Melalui radio -Radio akan menyiarkan bacaan Al- Quran,lagu-lagu nasyid,rakaman khutbah-khutbah solat J umaat yang berkaitan dengan ibadat puasa,tazkirah-tazkirah ramadhan dan banyak lagi.Di samping itu,radio juga turut menyiarkan iklan-iklan tentang hikmah berpuasa.Terdapat program-program keagamaan dan iklan-iklan yang disiarkan bukan sahaja dapat meningkatkan penghayatan masyarakat dalam menunaikan ibadat puasa malahan dapat memberi semangat dan pengetahuan baru tentang bulan Ramadhan.Selain itu,melalui program-program ini juga dapat memberi nilai-nilai kerohanian dan elemen-elemen pengajaran.Tambahan pula,program-program ini,dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang indahnya bulan Ramadhan.

Selain daripada menyiarkan program yang berunsur pengajaran dan kesedaran,media juga turut menyiarkan program yang dapat membuka mata masyarakat.Program ini lebih kepada memberi keprihatinan terhadap golongan yang lebih memerlukan pertolongan dan bantuan.Antaranya,memberi sumbangan kepada anak yatim,dan memberi bantuan perubatan atau sumbangan aidilfitri kepada pesakit yang berada di hospital.Di samping itu, turut diadakan juga program-program seperti program pengimarahan masjid dan surau seluruh negara termasuklah Tazkirah Ramadhan.Antara progarm lain yang turutdijalankan ialah,Tadarus Al-Quran,Majlis Khatam Al-Quran,Sambutan Nuzul Al-Quran,Iftar Ramadhan, Solat Tarawih dan Qiyamullail.Dengan adanya program-programseperti itu,pastinya dapat menarik generasi muda untuk turut serta dan juga mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.

Dalam kata lain,program keagamaan dan iklan-iklan yang disiarkan bukan sahaja dapat meningkatkan penghayatan masyarakat dalam menunaikan ibadat puasa malahan dapat memberi semangat dan pengetahuan baru berkaitan dengan bulan Ramadhan.Selain itu, program-program ini juga dapat memberi nilai-nilai kerohanian dan elemen-elemen pengajaran.Tambahan pula,melalui program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang indahnya bulan Ramadhan.


 SEMASA MUSIM PERAYAAN
Melalui Televisyen -Semasa musim perayaan televisyen akan memainkan peranan dengan memaparkan program-program seperti drama bersiri,telefilem dan filem-filem menarik yang boleh menarik minat masyarakat.Antaranya bila musim perayaan tiba, banyak iklan-iklan rancangan televisyen lebih berkisarkan tentang perayaan yang bakal disambut.Antara perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah Hari Raya,Tahun Baru Cina, Hari Natal, Deepavali dan Tahun Baru.Di samping itu terdapat juga perayaan lain yang turut disambut seperti Hari Gawai bagi masyarakat di Sarawak dan Perayaan Keamatan bagi masyarakat di Sabah.Iklan -iklan yang akan disiarkan adalah berunsurkan perayaan tersebut,contohnya iklan balik kampung,yang akan dimainkan bersama dengan lagu-lagu balik kampung seperti pada musim Perayaan Hari Raya.Di samping itu terdapat juga iklan-iklan promosi yang hebat seperti promosi jualan murah dan sebagainya.
Melalui radio -Semasa musim perayaan juga banyak lagu-lagu yang disiarkan adalah bertemakan perayaan,antaranya pada musim perayaan hari raya,lagu-lagu seperti Duhai Bonda, Balik Kampung, Salam Aidilfitri dan Suasana Hari Raya.Lagu-lagu ini disiarkan untuk mewujudkan perasaan kegembiraan selepas berlalunya bulan Ramadhan.
Penghayatan pada Bulan Ramadhan dan pada musim perayaan lebih efektif dengan adanya sokongan-sokongan yang diberi oleh pihak media.

Kesimpulannya, media memainkan peranan penting dalam memeriahkan lagi suasana semasa bulan Ramadhan mahupun pada musim perayaan.Penglibatan media dalam memberi sokongan dalam sesuatu perayaan amat digalakkan bagi menghidupkan suasana yang meriah dengan bantuan berbagai jenis hiburan.

No comments: