Monday, September 27, 2010

Negarakuku by NameWee with English Translation (Re-Open)



Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Di sini kami ingin mengulas sedikit mengenai isu yang ditimbulkan dalam video di atas.

Bagi pandangan kami, video di atas tidak wajar ditayangkan kerana video ini sedikit sebanyak mempunyai unsur perkauman.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa berpegang teguh terhadap ideologi negara kita sendiri walaupun kita mendapat sistem pendidikan daripada luar negara.

Seperti yang ditunjukkan di dalam video di atas, seorang rakyat Malaysia yang bernama Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee yang telah mendapat pendidikan dari Taiwan telah menimbulkan sebuah lagu kontroversi di mana Namewee telah mengubah suai lagu kebangsaan Malaysia iaitu Lagu Negaraku kepada versi rap yang bertajuk Negarakuku.

Di dalam lagu tersebut, Namewee telah meluahkan pandangannya atau perspektifnya terhadap sistem pentadbiran di Malaysia. Namewee telah mengkritik tentang isu rasuah yang berlaku di kalangan anggota polis Malaysia, sistem perkhidmatan awam yang tidak cekap dan dipengaruhi dasar kerajaan.
Dalam bahagian- bahagian lain lagunya, dengan kasarnya merujuk tentang laungan solat untuk umat Islam dan gaya hidup santai orang Melayu yang kebanyakkannya dikenali sebagai Muslim. Satu bahagian lagu tersebut menyatakan tentang azan subuh kepada fajar yang merupakan solat terawal dalam solat lima waktu harian untuk umat Islam di mana tanpa rasa hormat terhadap aspek budaya dan agama, Namewee telah menerangkan azan subuh tersebut sebagai "panggilan pagi" yang telah membangunkan Namewee yang mengantuk pada waktu 5 pagi melalui masjid-masjid yang berbeza di sekitarnya yang melaungkan azan pada masa yang sama dan Namewee menganggap azan tersebut sebagai "lagu cinta".

Dua versi lain menerangkan tentang orang yang "menutupi kepala mereka" dan berjalan dengan perlahan. Bahagian ini membawa maksud tentang umat Islam yang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Pada permulaan lagu tersebut, Namewee mendedikasikan atau menujukan lagu tersebut kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, lirik-lirik rap yang dinyanyikan menerangkan tentang situasi di Malaysia menurut pandangan mata Namewee, meninggalkan pendengar-pendengar lagu tersebut untuk menilai sendiri tentang hak mereka.

Di akhir lagu tersebut, Namewee telah menimbulkan unsur-unsur perkauman di mana Namewee beranggapan bahawa kaum Cina telah disisihkan atau tidak dipedulikan oleh kerajaan Malaysia. Contohnya seperti kaum Cina tidak mendapat peluang pekerjaan di sektor-sektor kerajaan dan masalah kemiskinan yang melanda kaum Cina. Situasi ini sebenarnya merujuk kepada diri Namewee sendiri di mana dia tidak mendapat pekerjaan selepas pulang dari melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di salah sebuah Universiti di Taiwan.

Namewee tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan atas perkara yang berlaku ke atas kaum Cina kerana hakikat sebenarnya, kaum Melayu dan India juga dilanda isu kemiskinan terutamanya kaum Melayu.

RUJUKAN:

http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

http://en.wikipedia.org/wiki/Wee_Meng_Chee

No comments: