Monday, August 9, 2010

Definisi dan Ciri-ciri Budaya dan Masyarakat

DEFINISI BUDAYA

  • Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta iaitu 'buddhayah' yang bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
  • Budaya juga didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama sekelompok manusia yang diwarisi dari generasi ke generasi.
  • Dalam pengertian yang luas, bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
  • Menurut Raymond William (1962) pula mendefinisikan budaya sebagai "suatu cara hidup tertentu" yang dibentuk oleh nilai, tradisi, kepercayaan, objek material dan wilayah (territory).
  • Beliau juga menyatakan bahawa budaya adalah suatu ekologi yang kompleks dan berubah dalam komunikasi serta interaksi sosial yang kebiasaannya berlaku.
  • Menurut Herskovits, budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superorganik).
  • Mengikut pandangan Andreas Eppink, budaya merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah kemasyarakatan.
  • Pandangan Andreas Eppink tersebut dipersetujui oleh Edward B. Taylor dimana beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Menurut Gemble, Teri Kwal dan Michael (2002), budaya membawa maksud cara hidup yang dipraktikkan di dalam sesebuah komuniti masyarakat. Budaya boleh dikongsi oleh masyarakat lain yang mempunyai latar belakang komuniti, masyarakat yang berbeza.
Budaya terbentuk dengan menggabungkan ciri-ciri seperti:
  1. Sistem agama dan politik
  2. Adat istiadat
  3.  Bahasa
  4.  Perkakas (sebagai hiasan atau masakan)
  5.  Pakaian
  6. Karya seni
  7. Bangunan 
Kesimpulannya, budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.


DEFINISI MASYARAKAT




  • Perkataan masyarakat berasal dari perkataan Arab iaitu 'syaraka' yang bererti ikut serta, berpartisipasi.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu (kita sendiri), keluarga, saudara, dan jiran merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dengan terbentuknya masyarakat akan tercetusnya hubungan sosial.
  • Menurut Koentjaraningrat pula, beliau mendefinisikan masyarakat sebagai kesatuan hidup manusia yang berinteraksi menurut suatu sistem adat istiadat tertentu yang bersifat berterusan dan terikat oleh suatu rasa identiti bersama.
  • J.L Gillin dan J.P Gillin berpendapat bahawa kelompok manusia yang terbesar dan mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap dan perasaan kesatuan yang sama.
  • Ralph Linton pula menyatakan bahawa masyarakat ialah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerjasama cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai kesatuan sosial dengan batas-batas yang dirumuskan dengan jelas.
  • Bagi Emile Durkheim, masyarakat merupakan suatu sistem yang dibentuk dari hubungan antara anggota sehingga menampilkan suatu realiti tertentu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
  • M.J Herskovits telah mendefiisikan masyarakat sebagai kelompok individu yang diorganisasi dan mengikut satu cara hidup tertentu.
  • Mac Iver dan Page menyatakan bahawa masyarakat suatu sistem dari kebiasaan dan tatacara, kerjasama antara berbagai kelompok dan penggolongan, dari pengawasan tingkah laku serta kebebasan manusia.
Ciri-ciri Masyarakat:
  1. Berkelompok
  2. Berbudaya
  3. Mengalami perubahan 
  4.  Berinteraksi (dalaman dan luar pihak)
  5.  Mempunyai sifat kepimpinan
  6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status, kasta) 

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BUDAYA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA




No comments: