Monday, August 9, 2010

Definisi dan Ciri-ciri Budaya dan Masyarakat

DEFINISI BUDAYA

  • Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta iaitu 'buddhayah' yang bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
  • Budaya juga didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama sekelompok manusia yang diwarisi dari generasi ke generasi.
  • Dalam pengertian yang luas, bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
  • Menurut Raymond William (1962) pula mendefinisikan budaya sebagai "suatu cara hidup tertentu" yang dibentuk oleh nilai, tradisi, kepercayaan, objek material dan wilayah (territory).
  • Beliau juga menyatakan bahawa budaya adalah suatu ekologi yang kompleks dan berubah dalam komunikasi serta interaksi sosial yang kebiasaannya berlaku.
  • Menurut Herskovits, budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superorganik).
  • Mengikut pandangan Andreas Eppink, budaya merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah kemasyarakatan.
  • Pandangan Andreas Eppink tersebut dipersetujui oleh Edward B. Taylor dimana beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Menurut Gemble, Teri Kwal dan Michael (2002), budaya membawa maksud cara hidup yang dipraktikkan di dalam sesebuah komuniti masyarakat. Budaya boleh dikongsi oleh masyarakat lain yang mempunyai latar belakang komuniti, masyarakat yang berbeza.
Budaya terbentuk dengan menggabungkan ciri-ciri seperti:
  1. Sistem agama dan politik
  2. Adat istiadat
  3.  Bahasa
  4.  Perkakas (sebagai hiasan atau masakan)
  5.  Pakaian
  6. Karya seni
  7. Bangunan 
Kesimpulannya, budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.


DEFINISI MASYARAKAT




  • Perkataan masyarakat berasal dari perkataan Arab iaitu 'syaraka' yang bererti ikut serta, berpartisipasi.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu (kita sendiri), keluarga, saudara, dan jiran merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dengan terbentuknya masyarakat akan tercetusnya hubungan sosial.
  • Menurut Koentjaraningrat pula, beliau mendefinisikan masyarakat sebagai kesatuan hidup manusia yang berinteraksi menurut suatu sistem adat istiadat tertentu yang bersifat berterusan dan terikat oleh suatu rasa identiti bersama.
  • J.L Gillin dan J.P Gillin berpendapat bahawa kelompok manusia yang terbesar dan mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap dan perasaan kesatuan yang sama.
  • Ralph Linton pula menyatakan bahawa masyarakat ialah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerjasama cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai kesatuan sosial dengan batas-batas yang dirumuskan dengan jelas.
  • Bagi Emile Durkheim, masyarakat merupakan suatu sistem yang dibentuk dari hubungan antara anggota sehingga menampilkan suatu realiti tertentu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
  • M.J Herskovits telah mendefiisikan masyarakat sebagai kelompok individu yang diorganisasi dan mengikut satu cara hidup tertentu.
  • Mac Iver dan Page menyatakan bahawa masyarakat suatu sistem dari kebiasaan dan tatacara, kerjasama antara berbagai kelompok dan penggolongan, dari pengawasan tingkah laku serta kebebasan manusia.
Ciri-ciri Masyarakat:
  1. Berkelompok
  2. Berbudaya
  3. Mengalami perubahan 
  4.  Berinteraksi (dalaman dan luar pihak)
  5.  Mempunyai sifat kepimpinan
  6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status, kasta) 

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BUDAYA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA




Sunday, August 8, 2010

Mengapa media penting? bagaimana media mempengaruhi?

soalan :A. Mengapa media penting?
             B. Bagaimana media mempengaruhi?
              - berikan contoh-contoh peribadi anda dipengaruhi
              - berikan contoh-contoh yang disebut oleh literatur kajian.

A. Mengapa media penting?

Media mempunyai peranan yang tersendiri dalam diri masyarakat. Hal ini kerana, media merupakan sumber rujukkan yang paling mudah diperoleh dan paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira muda atau pun tua. Media penting dalam kehidupan masyarakat kerana media memainkan peranan yang tersendiri. Antara kepentingan media adalah :-

1. Media adalah sebagai pemerhati

     Media sebagai pemerhati boleh dibahagikan kepada iaitu memberi amaran dan instrumental. Media sentiasa memerhati dalam kehidupan sekeliling masyarakat iaitu memerhati setiap kejadian yang berlaku di sekitar kita. Hasil pemerhatian yang diperolehi media tersebut akan disebarkan kepada masyarakat. Perkara yang disebarkan tersebut sama ada sebagai tanda amaran atau instrumental adalah bergantung daripada hasil pemerhatian.

     Selain itu, media juga penting sebagai perhubung. Media berkebolehan mengabungkan elemen dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh iklan. Media memaparkan produk-produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat bagi memberitahu masyarakat tentang produk tersebut disamping memujuk (kaedah Persausive) masyarakat untuk masyarakat membeli produk tersebut. Dalam hal ini secara tidak lansung menghubungkan pengeluar produk dengan masyarakat disamping mengabungkan " Produk Penggeluaran" sebagai elemen.

     Media juga penting sebagai penghibur masyarakat. Jika tiada hiburan didalam dunia ini pastinya manusia didunia ini akan terus tertekan. Hiburan itu sendiri memainkan peranan menghiburkan masyarakat. Masyarakat akan mencari hiburan apabila seharian penat bekerja atau melakukan aktiviti seharian yang memenatkan. Oleh itu, media memainkan peranan menyalurkan hiburan tersebut kepada masyarakat. Tidak kira sama ada dalam bentuk cetakkan atau melalui elektronik.

4.Menurut Mc Quail dalam bukunya  Mass Communication Theories (2000 : 66 ) ada enam perspektif peranan media iaitu;

  • "window on event and experience"-Media dipandang sebagai tetingkat yang membolehkan khalayak melihat perkara atau sesuatu yang sedang berlaku di luar pengetahuan seseorang.Dalam erti kata lain media merupakan saranan belajar  untuk mengetahui pelbagai peristiwa.
  • "a mirror of event in society and the worl, implying a faithful reflection "-Media dianggap sebagai cermin kepada pelbagai peristiwa yang ada dalam masyarakat dan dunia .

  • "Garekeeper "-Media juga dianggap sebagai penapis yang memilih berbagai hal untuk diberi perhatian atau tidak.media sentiasa memilih isu,maklumat atau bentuk content yang lain berdasarkan standart para pengelolanya.

  • "Guide "-Media juga dikenali sebagai penunjuk jalan atau interpreter,yang  menterjemahkan dan menunjukkan arah atas pelbagai ketidakpastian atau alternatif yang pelbagai.

  • "forum "-Media turut dikenali sebagai forum untuk mempresentasikan berbagai maklumat dan idea-idea kepada khalayak,sehingga memungkinkan terjadinya tanggapan dan maklum balas.

  • "interlocuter"-Media turut dikenali sebagai interlocuter yang tidak hanya sekadar tempat berlalu lalangnya maklumat ,tetapi juga pasangan berkomunikasi yang membolehkan berlakunya interaktif.



B. Bagaimana media mempengaruhi? - berikan contoh-contoh peribadi anda dipengaruhi media.
    
     Media boleh mempengaruhi manusia dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk yang membolehkan media mempengaruhi manusia adalah dari segi minda dan fikiran, hati, naluri, emosi, nafsu, dan banyak lagi. Perkara ini boleh dilihat secara lansung atau tidak lansung bergantung kepada individu itu sendiri. Selain itu, untuk melihat sama ada media dapat mempengaruhi seseorang dengan memerhatikan sikap individu tersebut sama ada berubah arau puntidak.

      Saya Doraisi Anak Deying juga terpengaruh dengan media. Hal ini dapat dilihat melalui media cetak. Saya seorang yang amat suka membaca novel. Novel yang seringkali saya baca adalah daripada terbitan Alaf21. Apabila saya membaca novel, saya boleh atau dapat membayangkan seolah-olah apa yang saya baca itu adalah benar terjadi. Kadangkala ketika saya membaca novel saya akan menangis jika ianya menyedihkan dan saya juga boleh ketawa jika ia melucukan hati saya. Oleh itu boleh saya katakan bahawa media mempengaruhi diri saya.

     Saya Norshamira Binti Abdul Rahman mempunyai persepsi yang tersendiri bagaimana media mempengaruhi diri saya. Saya amat terpengaruh dengan media elektronik terutamanya. Hal ini kerana saya amat suka terhadap rancangan yang berbentuk fesyen dan kecantikkan. Saya bukan seorang yang terlalu obses terhadap kecantikkan tetapi saya amat suka melihat dan mempelajari cara untuk menghiaskan diri. Antara rancangan yang amat saya gemari ialah NONA, slimworld, Apa kata Wanita, Fesyen Show dan banyak lagi. Saya amat terpengaruh dengan rancangan seperti ini sehinggakan kadangkala saya meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh model didalam bilik. Saya juga sering melakukan make over terhadap rakan sebilik saya kerana saya suka akan kecantikkan. Oleh itu, saya mengakui bahawa saya seorang yang telah terpengaruh dengan media.

     Saya Nur Farahain Binti Japar menyatakan bahawa hampir seratus peratus (100%) diri saya di pengaruhi oleh media dari Korea terutamanya dari segi hiburan seperti drama-drama korea, lagu korea, majalah mengenai artis korea dan banyak lagi. Saya mula terpengaruh dengan hiburan dari Korea ini apabila saya mengenali sekumpulan artis Korea iaitu Super Junior. Hal ini membuatkan saya sanggup membeli album dari Korea secara online dan mestilah ianya original. Lain hal pula ketika saya menonton televisyen yang menyiarkan drama, rencana, realiti show, dan lain-lain, kerana saya aka pastikan bahawa saya tidak melepaskan walau satu episod sekalipun. Selain itu, ketika di rumah saya akan pastikan bahawa alat kawalan jauh akan sentiasa bersama saya agar keluarga saya tidak mengganggu atau mengalih rancangan lain ketika saya menonton sebarang bentuk hiburan dari Korea tersebut. Oleh kerana saya terlalu terpengaruh dengan hiburan dari Korea, telah mendorong saya untuk mempelajari Bahasa Korea pada masa akan datang. Saya sedikit sebanyak dapat menuturkan bahasa Korea yang mudah walaupun dengan hanya belajar sendiri. Ole itu, saya mengakui bahawa media sememangnya mempengaruhi diri saya. 
Berikan contoh-contoh yang disebut sebagai literatur kajian

 GLOBALISASI MEDIA
Di  Indonesia, imbasnya adalah munculnya majalah-majalah Amerika dan Eropah versi Indonesia seperti Bazaar,Cosmopolitan,Spice,FHM (for Him Magazine )Good Housekeeping, Trax dan sebagainya.Begitu juga dengan program-program tayangan dan rakaman yang membanjiri tanpa dapat dibendung.

Lantas bagaimana bagi negara membangun seperti Indonesia menyinkap fenomena trnformasi media terhadap perilaku measyarakat dan budaya ?Bukankah globalisasi media dengan segala nilai yang dibawanya seperti televisyen , radio ,majalah ,buku ,filem ,vcd ,dan terkini internet sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan  masyarakat.

Masyarakat Indonesia sedang mengalami serbuan yang hebat dari berbagai produk ponografi berupa tabloid ,majalah ,buku bacaan di media cetak, televisyen ,radio ,dan terutamanya adalah peredaran vcd.Walaupun media ponografi bukan barang baru bagi Indonesia ,tetapi tidak pernah dalam skalaseluas sekarang.Bahkan beberapa orang luar seperti negara-negara lain yang menganggap Indonesia sebagai
 " Syurga Ponografi " kerana sangat mudahnya mendapat produk-produk ponografi dan harga jualannya
juga murah.


Kesimpulannya,peranan media dalam menguasai diri masyarakat adalah besar dan tinggi.Media merupakan saluran perantara yang penting dalam kehidupan masyarakat.Oleh itu,Produk-produk yang dihasilkan oleh media berjaya mempengaruhi masyarakat.Kenyataan ini dapat dilihat melalui peristiwa atau fenomena sosial yang berlaku di negara Indonesia.Dengan itu,media hendaklah memainkan tanggungjawab yang besar dalam melindungi maruah sesebuah negara.

RUJUKAN:

file:///E:/GoogleTranslate-files/translate-c.htm

Drs.Hadiono Afdjani,MM Dampak Globalisasi Media Terhadap Masyarakat Dan Budaya Indonesia

Siapa Punya Apa? (Media Prima Berhad)

Media Prima Berhad




1. Media Prima Berhad (MPB) merupakan syarikat penyiaran yang besar di Malaysia. Syarikat Media Prima Berhad ini di pengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar.

2. Pengarah pengurusan am pula diketua oleh Dato’ Amrin Abdullah.

3. Syarikat Media Prima Berhad mempunyai banyak anak syarikat di bawahnya seperti syarikat televisyen, radio dan surat khabar.

4. Dalam Syarikat penyiaran televisyen Media Prima Berhad mempunyai pengarah yang tersendiri untuk mentadbirnya.

5. Syarikat Media Prima Berhad mempunyai lima saluran penyiaran televisyen dan salah satu saluran penyiaran televisyen Media Prima Berhad telah dijual sahamnya kepada syarikat lain. Saluran televisyen tersebut ialah TV3 Ghana. Saluran televisyen yang lain antaranya dipengerusi oleh :




a. TV3 dan NTV7 dipengerusikan oleh Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan

b. 8TV dipengerusikan oleh Paul Moss

c. TV9 dipengerusikan oleh En. Bukhari Che Muda

d. TV5 philifina dipengerusikan oleh Christopher Sy.

Dato' Johan Japar




Dato' Ahmad Farid Ridzuan



Dato' Amrin Abdullah


Carta Struktur Organisasi Korporat Media Prima Berhad.

Latar Belakang Penubuhan Syarikat Media Prima Berhad.

Dalam sesebuah syarikat atau perniagaan pastinya mempunyai tarikh ianya ditubuhkan. Tidak terlepas peluang bagi Media Prima Berhad yang menampak dalam bidang penyiaran sedikit demi sedikit sehingga menjadi syarikat mega kini. Setiap saluran penyiaran pasti mempunyai tarikh yang berbeza ianya ditubuhkan tidak kira dalam bidang penyiaran televisyen, radio mahupun surat khabar.




Dibawah merupakan tarikh syarikat penyiaran televisyen Media Prima Berhad ditubuhkan:-


1. TV3 adalah saluran televisyen yang terawal di bawah Media Prima Berhad. TV3 mula beroperasi pada 1 jun 1984.


2. NTV7 sudah lama beroperasi iaitu pada 7 april 1998 namun pada ketika itu NTV7 dimiliki oleh Tiara Jaclina, kemudian Syarikat Media Prima Berhad telah mengambil alih membeli semua saham. NTV7 mula beroperasi dibawah syarikat Media Prima Berhad pada 28 okterber 2005.


3. 8TV mula beroperasi pada 1 Januari 2003


4. TV9 pula mempunyai sejarah tersendiri dimana salurannya banyak terhenti dan hanya betul-betul beroperasi pada 22 April 2006


5. TV5 ( Philifina) mula beroperasi pada lewat 2008.






Media Prima Berhad juga mempunyai tiga saluran radio yang disiarkan dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa English. Antara saluran radio dibawah syarikat Media Prima Berhad ialah :


1. Hot FM menggunakan Bahasa Malaysia


2. One FM menggunakan Bahasa Cina


3. Fly FM menggunakan bahasa English.


Saluran radio dibawah syarikat Media Prima Berhad mula beroperasi selepas tahun 2000. Antaranya ialah :
1. Radio yang pertama beroperasi ialah Fly FM iaitu pada 3 Oktorber 2005


2. Kemudian diikuti oleh Hot FM yang mula beroperasi pada 15 Febuari 2006


3. Ketiga ialah radio One FM yang baru sahaja beroperasi pada tahun lepas iaitu pada 19 Januari 2009.






Selain itu, Syarikat Media Prima juga mengeluarkan akhbar-akhbar tersendiri bagi meningkatkan produk yang dikeluarkan sedia ada. Media Prima Berhad mengeluarkan tiga jenis akhbar dan dalam setiap organisasi akhbar tersebut mempunyai penyunting tersendiri yang mempunyai bakat besar. Antaranya ialah :


1. Surat khabar The Malay Mail di sunting oleh Yushaimi Maulud Yahya dan Saiful Azhar Abdullah


2. Surat khabar Berita Harian pula di sunting oleh Badrul Hisham Othman dan Azizi Othman.


3. Surat khabar New Straits Time di sunting oleh Hishamuddin Aun




Dalam anak syarikat akhbar Media Prima Berhad mempunyai penerbit yang tersendiri iaitu :


1. The Malay Mail diterbitkan oleh A.S.A.R


2. Berita Harian diterbitkan oleh Berita Harian Sdn Bhd itu sendiri


3. New Straits Time diterbitkan oleh percetakan New Straits Time


syarikat akhbar-akbar dibawah Media Prima Berhad juga mempunyai tarikh beroperasi yang berbeza iaitu :
1. New Straits Time sudah lama beroperasi dari 15 Julai 1845.


2. The Malay Mail mula beroperasi pada lewat 1896


3. Berita Harian mula beroperasi pada 3 Ogos 1957.








Rujukkan



Laman web media prima : www.mediaprima.com.my : abouts us : copyright 2004-2007

http://www.mediaprima.com.my/aboutus/senior_management.aspx 

http://www.mediaprima.com.my/aboutus/boardofdirector.aspx

Tuesday, July 27, 2010

Sudirman - Ayah Dan Ibu *Original Audio @1981 EMI



Assalamualaikum..
Dalam tugasan bagi kelas tutorial Media, Budaya dan Masyarakat, saya telah memilih Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Saya memilih lagu ini kerana lagu ini membawa maksud yang sungguh mendalam. Walaupun lirik lagu ini ringkas tetapi bagi saya maksud lagu ini sungguh menyentuh hati para pendengar dan diri saya sendiri. Hal ini kerana lagu ini telah memberi mesej yang sangat bermakna. Di sini, saya akan menyatakan sedikit maksud lagu ini berdasarkan kefahaman saya.
Rangkap pertama:
Rangkap ini memberitahu bahawa tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan wujud di dunia ini. Ibu bapa sanggup berpenat lelah dalam usaha memelihara dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka sanggup bekerja siang malam untuk mencari rezeki dan telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak mereka. Oleh itu, kerana ibu bapa lah anak-anak dapat melihat dunia ciptaan Allah S.W.T. ini.
Rangkap kedua:
Anak-anak merupakan kurniaan Allah kepada setiap ibu bapa. Begitu juga dengan ibu bapa yang merupakan kurniaan daripada Allah S.W.T kepada setiap anak-anak. Anak-anak haruslah bersyukur kerana ibu bapa mereka masih hidup jika dibandingkan di luar sana yang masih terdapat anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa. Maka, setiap anak-anak harus menghormati ibu bapa mereka serta menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa terhadap mereka.
Rangkap ketiga:
Ibu bapa merupakan wali dan keramat yang sangat berharga bagi setiap anak-anak. Hubungan terebut tidak akan pernah putus sehinggalah ke akhir hayat. Oleh itu, anak-anak perlu menghomati ibu bapa mereka selagi ibu bapa mereka masih hidup. Ibu bapa juga tidak pernah lupa dan jemu dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak mereka. Anak-anak haruslah sentiasa mendengar dan mengikut segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan agar hidup mereka akan selamat dan bahagia buat selamanya.

Kesimpulan yang ingin saya nyatakan dalam lagu ini ialah lagu ini telah memberi nasihat dan teguran kepada semua anak-anak agar sentiasa menghormati dan menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa dalam membesarkan mereka. Dalam lagu ini juga sedikit sebanyak ada memberi sindiran terutamanya kepada anak-anak yang derhaka dan telah lupa akan ibu bapa mereka apabila mereka telah hidup senang dan mempunyai keluarga sendiri. Oleh itu, HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA.

RUJUKAN :
http://www.youtube.com/watch?v=_aUrqCW5-8g&feature=player_embedded

Aris Ariwatan - 1, 2, 3, 4 [with lyric]



Lagu 1 2 3 4, dikarang berdasarkan atau merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa ini dianggap penting dan perlu dianbil tahu oleh setiap masyarakat. Contohnya, maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis dalam rangkap pertama lagu tersebut.
Maksud yang cuba disampaikan ialah ibu merupakan insan yang telah banyak berkorban nyawa daripada mula melahirkan dan seterusnya membesarkan anak. Kasih ibu merupakan kasih yang abadi dan tiada tolak bandingannya. Dalam rangkap pertama ini juga, penulis cuba memberitahu syurga seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibunya.

Rangkap kedua:
Maksud yang cuba disampaikan oleh penulis ialah pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anaknya. Bapa mencari "nafkah" tanpa mengira penat lelah.

Rangkap ketiga:
Wujudnya orang ketiga dalam kehidupan manusia iaitu kawan-kawan dan kekasih. Dalam menjalani kehidupan kebijaksanaan memilih kawan dan pasangan harus difikirkan. Hal ini kerana seseorang itu harus berwaspada kerana setiap insan yang dikenali itu bukannya insan yang baik dan boleh dipercayai.Sesetengah daripada kawan tidak boleh dijadikan kawan kerana kemungkinan mereka yang akan meruntuhkan ahlak dan merosakkan kawan."Kawan makan Kawan ".


Rangkap keempat:
Penerima juga diingatkan agar menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, seorang anak yang merasa diri mereka mempunyai tanggungjawab seharusnya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Antara tanggungjawab seorang anak ialah belajar, menghormati orang tua, menjaga maruah keluarga dan lain-lain.Dalam erti kata lain sentiasa meletakkn keluarga sebagai inspirasi utama dalam hidup.

Rangkap terakhir:
Lagu ini menyeru supaya masyarakat menjadikan lagu ini sebagai panduan dan menginsafkan anak yang selama ini melupakan orang tua mereka. Dengarlah nasihat yang telah diberikan oleh kedua orang tua mereka dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Sesuatu yang baik hendaklah dijadikan teladan dan sebaliknya.



Kesimpulannya,keluarga adalah teman utama yang bolen membantu dan menemani kita dalam keadaan senang dan susah. Utamakan keluarga dalam hidup anda da jadilah anak yang berguna dan menghormati ahli keluaga terutamanya ibu bapa.

Rujukan

http://www.liriklagu.com/liriklagu-ad/ArisA-1234.html





Sekian, terima kasih.

Saturday, July 24, 2010

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun... Sayang (with Lyric)



Dalam era global ini lagu sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana lagu dapat menyampaikan sesuatu perkara yang tidak dapat diluahkan secara berhadapan dengan individu. Selain itu, lagu juga digunakan untuk memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kehidupan remaja yang terlalu sosial, hilang hormat terhadap ibu bapa, dan sebagainya. Oleh itu, cara yang boleh digunakan ialah melalui lagu.
Setiap lagu yang ditulis mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan. Lagu juga kini digunakan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan atau sesuatu barangan. Sebagai contoh iklan KLMu, 1 Malaysia, barangan SINGER dan lain-lain.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Lagu ini dinyanyi oleh penyanyi dari singapura (IMRAN AJMAIN)
Kebanyakkan orang menganggap lagu ini berunsurkan cinta. Namun saya mempunyai persepsi tersendiri terhadap lagu ini.
Lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam kerana lagu ini mengisahkan hubungan di antara seorang ibu dan anak.
Permulaan lagu ini menceritakan tentang isi hati seorang ibu yang mengharapkan kasih sayang, perhatian, belaian, penghormatan dan penghargaan daripada seorang anak yang jauh di perantauan. Hal ini kerana si ibu sudah lama menjadi seorang pemberi dan dia ingin memperoleh semua itu daripada anaknya. Ibunya mengetahui bahawa dia tidak akan memperoleh kesemuanya disebabkan jarak yang memisahkan mereka.Namun ibu tetap berharap untuk mendapatkannya walau hanya bertanya khabarnya. Walaupun si ibu tahu bahawa dia akan kecewa namun dia tetap mengharapkan utusan salam dan doa daripada anaknya.
Seterusnya, ibu mahukan anaknya mengetahui serta merasai kasih sayang yang diberikan begitu hebat sehingga tiada bandingannya. Ibu juga tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami anaknya terdahulu dan meminta agar anaknya melupakan tentang derita yang dilalui itu. Kasih ibu yang mendalam membuat dia sanggup menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang berada diperantauan.
Si ibu dengan rela hati melepaskan anaknya pergi untuk meneruskan impiannya. Hal ini kerana, si ibu mengetahui betapa tingginya cita-cita yang dipendamkan oleh anaknya itu. Perpisahan yang panjang itu menyebabkan si ibu merindui anaknya dan mengharapkan anaknya itu kembali dengan secepat yang mungkin. Namun dalam penantian itu, hati si ibu gundah gulana memikirkan yang berkemungkinan anaknya tidak pulang kepangkuannya. Namun si ibu tetap menantikan kepulangan anaknya itu dengan penuh kerinduan.
Si ibu hanya mengharapkan bahawa anaknya akan sentiasa inggat padanya. Hal ini kerana, dengan ingat daripada anaknya itu akan dapat membahagiakan si ibu dan anak, seperti yang dikatakan restu ibu membawa ke syurga. Tanpa henti tahun demi tahun si ibu tetap menyambut ulang tahun kelahiran anak kesayangannya.
'Selamat ulang tahun sayang'

Sekian, terima kasih.

Monday, July 19, 2010

peranan lagu sebagai media

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh………



Apa itu media?

Asal usul perkataan “MEDIA” berasal daripada perkataan “ETYMOLOGY”.

Media merupakan satu alat perantaraan atau menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara secara terus / lansung. Media membolehkan manusia berhubung dengan seluruh dunia tanpa sempadan dan batasan.

Dalam era globalisasi, manusia tidak boleh hidup tanpanya. Masyarakat kini bangun sahaja daripada tidur akan melihat kepada telefon bimbit atau surat khabar untuk menggetahui perkembangan semasa. Jika difikirkan secara logik, manusia tidak boleh hidup tanpa media. Ketiadaan media akan member kesan yang sangat ketara terhadap kehidupan masyarakat. Contoh kesan yang boleh dilihat ialah manusia akan hilang tempat berhibur.

Apa peranan Media?

Media mempunyai peranan yang tersendiri tidak kira dari segi ekonomi, politik dan sosial. Namun pada masa kini tanggungjawab sosial adalah paling banyak di tekankan oleh masyarakat. Masyarakat merasakan media merupakan tempat untuk mendapatkan keadilan. Dalam hal ini kami akan membincangkan isu mengenai peranan lagu dalam media.

Peranan lagu dalam media?

a. Member nasihat

Lagu-lagu yang dicipta mempunyai motif yang tersendiri, sebagai contoh untuk member nasihat kepada masyarakat melalui lirik yang di tulis. Contoh lagu yang member nasihat ialah lagu “OST Diari Ramadan Rafique yang berkisahkan bulan Ramadan dan hari raya. Contoh member nasihat dalam lagu ini adalah seperti :-



“Nenek selalu berpesan, jangan mengikut nafsu, jangan ikutkan, itu perangai hantu”



Dalam lirik ini menunjukkan cara masyarakat mengajar anak-anak kecil untuk berpuasa. Hal ini memperlihatkan cara media memainkan peranan sebagai penasihat kepada masyarakat. Namun masih ada kekangan terhadap persoalan “ adakah mesej yang ingin disampaikan itu dapat diterima oleh semua masyarakat? “



b. Menghiburkan masyarakat.

Melalui lagu juga dapat menghiburkan masyarakat. Namun tidak dapat ditakrifkan jenis lagu yang dapat menghiburkan masyarakat kerana setiap individu mempunyai cara yang berbeza mengadaptasikan hiburan yang di inginkan.

Sebagai contoh kita bezakan dari segi prespektif umur. Bagi kanak-kanak lebih suka akan lagu yang rancak dan mencuit hati mereka, walaupun mereka tidak memahami maksud lirik sebenar lagu tersebut. Bagi remaja pula ada setengah daripada lebih menyukai lagu yang berbentuk jiwang dan ada juga yang amat menyukai lagu berbentuk rancak yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu maksud yang ingin disampaikan. Manakala orang dewasa kebanyakkan lebih mengemari lagu yang berbentuk rindu-rinduan dan bentuk mendayu.

Hal ini tidak dapat ditakrifkan cara sesorang individu tersebut merasakan diri mereka terhibur.



c. Meningkatkan Industri muzik.

Media juga berperanan untuk meningkatkan industri muzik. Salah satu cara yang dilakukan pihak media dalam meningkatkan industri muzik adalah memainkan dan memperkenalkan setiap muzik baru yang di keluarkan. Peningkatan industry muzik secara tidak lansung akan membolehkan ekonomi Negara akanmeningkat.

Selain itu perkenalan terhadap lagu-lagu juga akan memyebabkan masyarakat akan merasakan mereka terhibur lagi setelah bosan dengan lagu-lagu lama.



d. Menghubungkan masyarakat dengan dunia luar.

Lagu juga membolehkan masyarakat mengetaui keadaan dunia luar. Hal ini kerana selain masyarakat dapat mendengar lagu-lagu yang diperoleh daripada luar Negara, masyarakat juga dapat mengetahui keadaan Negara luar. Sebagai contoh peperangan yang tercetus diantara Israel dan palestin. Keadaan ini member peluang kepada penulis lirik untuk meluahkan dan memberitahu masyarakat tentang keadaan yang tercetus. Pelbagai cara penyampaian yang boleh dilakukan dalam hal ini sama ada berbentuk hiburan, ingatan, nasihat, simpati dan lain lain. Contoh lagu yang menceritakan tentang kedaan seperti itu adalah seperti lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza Tajuddin yang bertajuk “ODA BUMI ANBIA”



Kesimpulan, mengapa lagu itu “MEDIA”?

Lagu dianggap sebagai “MEDIA” adalah ianya sejajar dengan peranan media itu sendiri iaitu menjadi perantaraan alat perhubungan sama ada secara lansung atau tidak lansung. Dalam hal ini akan melihatkan keberkesan media memainkan peranan tersebut. Komunikasi yang terlibat dalam penyampaian peranan adalah komunikasi verbal yang sehala. Hal ini kerana pengantar (penulis lirik dan composer) cuba memainkan peranan dalam menyampaikan infomasi, mendidik, menghibur, mempengaruhi dan lain-lain. Dalam konteks komunikasi sehala adalah disebabkan pengantar hanya menyampaikan saja segala maklumat tanpa mahukan maklum balas daripada penerima (masyarakat). Hal ini jelaslah bahawa, lagu merupakan suatu media yang dapat menghubungkan masyarakat terhadap dunia luar tanpa sempadan.

Lampiran Album.